Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum,


Kehadapan semua insan yang mengenali diri ini, kamek ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.


Kamek ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya ada menyinggung perasaan atau perkara2 yang kamek lakukan membuatkan kalian semua terguris hati. Halalkan segala makan dan minum kamek.



Di kesempatan ini, kemek juga ingin mengingatkan supaya kalian yang ingin pulang ke kampung halaman, berhati- hati semasa memandu. Sayangi diri anda, dan orang- orang yang kalian sayangi.


Akhir kata, sambut lah lebaran dengan kesederhanaan dan semoga bergembira bersama keluarga.


Ikhlas,

Amerrul Anuar Bin Mohamad.

No comments:

Post a Comment